Bersama Guru Praktikal


Assalamualaikum wbt. Akademi Al-Quran Fathul I'lmi kini menerima tiga orang pelajar praktikal daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Antara tugasan mereka ialah membimbing kelas Al-Quran kanak-kanak sekolah rendah. Di samping melihat, mendengar, dan menyemak bacaan murid-murid, mereka turut mengajar asas-asas fardhu ain, doa-doa harian, dan perkataan-perkataan asas Bahasa Arab. Nampaknya murid-murid seronok dengan kaedah pembelajaran melalui lagu.