Bersama Guru Praktikal


Assalamualaikum wbt. Akademi Al-Quran Fathul I'lmi kini menerima tiga orang pelajar praktikal daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Antara tugasan mereka ialah membimbing kelas Al-Quran kanak-kanak sekolah rendah. Di samping melihat, mendengar, dan menyemak bacaan murid-murid, mereka turut mengajar asas-asas fardhu ain, doa-doa harian, dan perkataan-perkataan asas Bahasa Arab. Nampaknya murid-murid seronok dengan kaedah pembelajaran melalui lagu. 






Akademi Pengajian Al-Quran dan Iqra'


Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:


"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya"





AFFILIATES