TENTANG KAMI

KENALI FATHUL I'LMI

FATHUL I'LMI adalah sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Iqra' yang dimiliki oleh WEC Group. Kami menyediakan pendidikan pembacaan Al-Quran yang intensif dan komprehensif yang menekankan ketepatan, kefasihan dan kefahaman dalam pembacaan Al-Quran.

Bermula dengan penekanan asas Pengajian yang kuat, Fathul I'lmi menggunakan Iqra' sebagai permulaan kepada asas pengajian Al-Quran. Iqra' menggunakan pembelajaran berperingkat mengikut kemahiran pelajar yang bermula dengan jilid 1 hingga 6. Sistem Iqra' kini sememangnya dikenali ramai dan diaplikasikan di negara ini secara meluas kerana sistem pembelajarannya yang mudah difahami, mudah diaplikasikan dan sesuai untuk semua peringkat umur.




KEISTIMEWAAN KAMI:

  • Menyediakan kelas yang selesa,berprasarana lengkap,luas dan kondusif. 
  • Jumlah pelajar yang kecil untuk satu kelas (maksimum 10 pelajar untuk 1 kelas.
  • Perhatian individu diutamakan. Sebutan dan tajwid pelajar dijaga dan dibetulkan.   
  • Ustaz dan ustazah yang bertauliah.   
  • Masa dan jadual yang fleksibel untuk kemudahan pelanggan.
  • Sistem pemarkahan yang sistematik. Tahap bacaan, kemahiran dan akhlak diberi gred dan markah.
  • Komputer dan ruang wi-fi disediakan.
  • Blog dan ruang sosial (facebook dan myspace) disediakan untuk memudahkan interaksi dengan pelanggan.
  • Turut menyediakan pengajian fardhu ain, hafazan dan pelbagai kursus berkaitan agama.
  • Pakej dengan harga yang berpatutan dan mesra pelanggan.
  • Pantri dan makanan sihat turut dijual dan disediakan.
  • Menyediakan kenderaan pengangkutan (masa hadapan).