PELAKSANAAN
- Program ini diadakan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu
- Terbahagi kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang ketua / fasilitator dari kalangan guru dan individu yang dicadangkan dan dipersetujui oleh pihak Fathul Ilmi.
- Antara aktiviti yang dicadangkan ialah solat Fardhu berjamaah , berwirid dan membincangkan tajuk dari modul yang telah diberi .
- Setiap perbincangan perlu menghasilkan satu persetujuan atau kesimpulan yang perlu diterima dan difahami oleh ahli kumpulan.
- Setiap pertemuan dimulai dengan Ummul Kitab (al-Fatihah) dan diakhiri dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-Asr.
- Program bersama juga akan dijalankan mengikut keperluan, kesesuaian dan kesempatan seperti Program Latihan, Kursus Kepimpinan, Khemah Ibadah dan sebagainya.
- Membina generasi remaja Islam yang mengenali Islam sebagai ad-Deen dan menghayatinya dalam kehidupan sebagai seorang remaja muslim.
- Melahirkan remaja yang memahami tujuan mempelajari ilmu Islam sebagai bekalan dan panduan dalam kehidupan mereka yang serba mencabar.
- Memberi peluang kepada remaja yang kurang mahir dalam bacaan al-Quran untuk memantapkan bacaannya.
- Mengukuhkan perasaan bersaudara di kalangan remaja di dalam ikatan ukhuwah Islamiah dan sentiasa bekerjasama dalam setiap perkara.
- Melahirkan remaja yang mempunyai sifat kepimpinan yang sentiasa bertanggungjawab menjaga ahli di bawahnya dengan baik.
- Menanamkan kefahaman kepada remaja tentang kepentingan menjadi generasi intelek yang bersahsiah mulia.
OBJEKTIF