Assalamualaikum wbt. Akademi Al-Quran Fathul I'lmi kini menerima tiga orang pelajar praktikal daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Antara tugasan mereka ialah membimbing kelas Al-Quran kanak-kanak sekolah rendah. Di samping melihat, mendengar, dan menyemak bacaan murid-murid, mereka turut mengajar asas-asas fardhu ain, doa-doa harian, dan perkataan-perkataan asas Bahasa Arab. Nampaknya murid-murid seronok dengan kaedah pembelajaran melalui lagu.
Akademi Pengajian Al-Quran dan Iqra'
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"Sesiapa
yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya,
ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan
melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam
rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang
dirinya sendiri mengamalkan dengannya"
AFFILIATES
AFFILIATES
Subscribe to:
Posts (Atom)